Tuesday, March 11, 2014

2 Lelaki Ditangkap Kerana Gambar Instagram Rihanna



Percutian bintang pop, Rihanna ke Thailand bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk berseronok, tetapi secara tidak langsung membantu pihak berkuasa.

Apa tidaknya, gambarnya di laman Instagram bersama haiwan yang merupakan spesis terancam telah membawa kepada penangkapan dua lelaki yang dipercayai menjual haiwan berkenaan.

Haiwan yang dikenali sebagai ‘Slow Loris’ itu merupakan spesis tupai bermata besar yang berasal dari Selatan Asia dan ia telah diwartakan sebagai spesis yang dilindungi.

Rihanna turut meletakkan sebaris ayat pada gambar itu yang berbunyi: “Look who was talkin dirty to me!”

Menurut Ketua Daerah Phuket, Weera Kerdsirimongkon, pihak berkuasa menahan kedua-dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun itu selepas mendapat maklumat bahawa mereka kerap membawa haiwan itu kepada para pelancong.

Sabit kesalahan, mereka mungkin berhadapan dengan hukuman empat tahun penjara dan denda sekitar RM4129.

Nasib baiklah bukan Rihanna yang ditangkap.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment