Saturday, March 15, 2014

Kereta Polis Palsu Untuk Takutkan Pemandu


China – Dalam usaha membendung pengguna kenderaan memandu dengan laju, polis di wilayah Zhejiang telah menggunakan satu taktik untuk menakutkan pemandu, iaitu dengan meletakkan kereta polis yang diperbuat daripada kayu.

`Kereta polis’ itu juga mempunyai lampu solar di atasnya, bagi memberikan kesan khas kepada pemandu.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada taktik ini berjaya atau tidak dalam usaha polis terbabit untuk membendung pemandu memandu dengan laju.

Namun tidak semua yang menyokong langkah ini, termasuk Institut Pemanduan Lanjutan yang menyifatkan ia sebagai membazir.

“Ia hanya membazirkan masa dan orang ramai akan mengetahui bahawa kereta itu adalah palsu, sekali gus menjadi bahan lawak.

“Justeru ia tidak akan memberikan kesan,’’ kata jurucakapnya.

Malah, kereta palsu itu juga boleh mengganggu tumpuan pemandu jika ia diletakkan di tempat yang salah dan menyebabkan masalah lain pula.

0 comments:

Post a Comment