Saturday, March 8, 2014

Bual Di Instagram Sebelum Hujung Tahun Ini


Platform komunikasi visual popular hari ini, Instagram, dijangka akan memperkenalkan ciri baru yang membolehkan pengguna berbual menggunakan mesej peribadi, tidak lama lagi.

Menurut laman web teknologi GigaOm, fungsi utama Instagram iaitu perkongsian gambar dan video akan kekal cuma ia dijangka menambah ciri baru tersebut termasuk melibatkan mesej berkumpulan.

Ciri tambahan Instagram dijangka akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini sebagai nilai tambah di samping mengelak pengguna beralih kepada lawan mereka, Snapchat.

Buat masa ini komuniti Instagram yang mempunyai lebih 200 juta akaun hanya membolehkan pengguna memuatnaik gambar dan video berdurasi 15 saat.

Begitu pun, jurucakap Instagram belum mengesahkan perkara ini. – REM RAMZI

Sumber: gigaom.com

0 comments:

Post a Comment