Showing posts with label kerana. Show all posts
Showing posts with label kerana. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

2 Lelaki Ditangkap Kerana Gambar Instagram Rihanna



Percutian bintang pop, Rihanna ke Thailand bukan sahaja memberi peluang kepadanya untuk berseronok, tetapi secara tidak langsung membantu pihak berkuasa.

Apa tidaknya, gambarnya di laman Instagram bersama haiwan yang merupakan spesis terancam telah membawa kepada penangkapan dua lelaki yang dipercayai menjual haiwan berkenaan.

Haiwan yang dikenali sebagai ‘Slow Loris’ itu merupakan spesis tupai bermata besar yang berasal dari Selatan Asia dan ia telah diwartakan sebagai spesis yang dilindungi.

Rihanna turut meletakkan sebaris ayat pada gambar itu yang berbunyi: “Look who was talkin dirty to me!”

Menurut Ketua Daerah Phuket, Weera Kerdsirimongkon, pihak berkuasa menahan kedua-dua lelaki berusia 16 dan 20 tahun itu selepas mendapat maklumat bahawa mereka kerap membawa haiwan itu kepada para pelancong.

Sabit kesalahan, mereka mungkin berhadapan dengan hukuman empat tahun penjara dan denda sekitar RM4129.

Nasib baiklah bukan Rihanna yang ditangkap.

Oleh: ELZA

Sunday, December 29, 2013

Lelaki ini diburu polis kerana bawa payung

diburu polisi
Hanya kerana keluar rumah membawa payung membuatkan lelaki malang ini di buru polis  dengan menggunakan helikopter.
Lelaki itu, Michael Di Marzo yang tinggal di kota Olympia, Amerika Syarikat mungkin tidak akan menyangka jika payung hitam yang dibawanya ini akan menjadi masalah besar di seluruh kota dan dia terpaksa diburu oleh polis .

Payung hitam yang dibawa Michael Di Marzo ini mirip seperti senapang sebu sehingga banyak warga yang  menyangka yang Di Marzo sedang membawa senapang serbu untuk melakukan tindakan kejahatan seperti penembakan masal.

Kerana dianggap membawa senapang serbu banyak warga yang melaporkan Di Marzo kepada polis , polis  yang menerima laporan kemudian melakukan pencarian terhadap Di Marzo sengan menggunakan    helikopter untuk mencari melalui udara kerana takut terjadi hal hal yang tidak diingini. Pihak  polis  bahkan sempat menghentikan kegiatan belajar salah satu sekolah sampai Di Marzo ditemukan.

“Saya diikuti oleh sebuah helikopter ketika dalam perjalanan pulang ke rumah saya. Helikopter itu mengitari dan menyorot saya dengan lampu yang sangat terang,” ujar Di Marzo, seperti dikutip Digital Spy, Isnin (25/3/2013).
Tidak lama kemudian polis  mendatangi Di Marzo yang telah berada di rumahnya. Mereka menjelaskan ada yang melaporkan bahawa dia membawa senapang serbu dan meminta maaf atas ketidaknyamanan yang dialaminya.