Monday, December 23, 2013

Restoran pandu lalu pertama di Sarawak

Kuala Lumpur: Golden Arches Restaurants Sdn Bhd pemilik rangkaian McDonald’s di Malaysia menyasarkan pembukaan restoran pandu lalu pertama di Sarawak pada penghujung November ini.

Ia bakal beroperasi di cawangan Tabuan Jaya, Kuching bagi memenuhi permintaan pasaran di negeri berkenaan.

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia Stephen Chew berkata, ia adalah selari dengan matlamat pelebaran rangkaian makanan segera itu ke lebih banyak lokasi.

“Kami melihat keperluan untuk membuka operasi pandu lalu di Kuching berdasarkan permintaan memberangsangkan.

PRODUK makanan terbaru McDonald’s Set GCB G-Wrap.

“Ia dijangka merancakkan lagi pertumbuhan perolehan kami khususnya dalam segmen makanan segera dan sektor produk halal di negara ini,” katanya kepada Bisnes Metro semalam.


Menurutnya, pihaknya akan mengintai peluang untuk membuka lebih banyak operasi pandu lalu di negeri itu berdasarkan keperluan pasaran kelak.

Dalam perkembangan sama, Stephen berkata sehingga Oktober tahun ini pihaknya berjaya meningkatkan perolehan sebanyak lapan peratus daripada tahun lalu yang mencatatkan jualan sebanyak RM1.47 bilion.

Katanya, ia didorong produk protein iaitu berasaskan ayam yang menyumbang kepada 42 peratus jualan setakat ini.

0 comments:

Post a Comment