Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Anak ular sawa lilit pintu gril rumah kejutkan keluarga

Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
Anak ular sawa lilit pintu gril rumah kejutkan keluarga
Mohd Ridzuan menangkap anak ular sawa di pintu gril.
ALOR GAJAH - Jeritan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa seekor anak ular sawa yang masuk ke rumahnya di sebuah taman perumahan, di sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira 10 malam itu disedari ibu kanak-kanak berkenaan, Foo Chee Ling, 28, selepas terdengar tangisan anaknya, Foo Hao Suan, sebelum menuju ke ruang tamu dan terlihat anak ular sawa seang melilit pintu gril rumahnya.

Menurut Chee Ling, ketika kejadian, dia bersama suami, Foo Ming Tang, 27, serta anak tunggalnya itu baru sahaja tiba di rumah selepas keluar bersiar dan makan malam di bandar Melaka.

“Sebaik kereta diletakkan di garaj, kami masuk ke dalam rumah tanpa rasa syak, malah saya sempat perhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk,” katanya.

Menurutnya, ketika masuk ke dalam rumah, anaknya kemudian menangis seolah-olah ketakutan menyebabkan dia bergegas ke ruang tamu.

“Sampai sahaja di hadapan pintu rumah, saya tergamam melihat kepala anak ular melilit pintu besi rumah. Manakala kepala ular itu menghala ke arah anak saya menyebabkan saya terus menjerit memanggil suami.

“Saya terus mendukung anak dan membawanya masuk ke bilik belakang kerana bimbang anak ular sawa itu mula menyusur dan mendekati kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Chee Ling berkata, suaminya membantu mengawasi pergerakan anak ular sawa itu sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Mohd Ridzuan Rahmat berkata, anak ular sawa berkenaan ditangkap menggunakan tangan bersarung dengan mencekup kepala ular berkenaan terlebih dahulu.

“Saiz anak ular itu yang masih kecil memudahkan operasi penangkapan yang mengambil masa kurang tiga minit,” katanya yang turut dibantu dua anggota lain.

Bagaimanapun, katanya, ular yang berukuran 0.8 meter itu tetap merbahaya kepada kanak-kanak walaupun kecil.

Saturday, February 22, 2014

Penemuan spesies baru ULAR menyerupai alat kelamin pada lelaki

ATRETOCHOANA EISELTI snake
Atretochoana eiselti (Foto: JULIANO TUPAN)

Para peneliti di Brazil telah bertinjauan menemukan ular spesies baru yang menurut para ahli, menyerupai alat kelamin pada lelaki .
Para ahli menemukan ular yang diberi nama Atretochoana eiselti, yang mereka gelar “ular floppy”, saat mereka sedang memeriksa sebuah dam hidroelektrik di sebuah sungai di Amazon.

Enam dari makhluk tanpa mata yang sebenarnya merupakan keluarga ular buta ini ditemukan hidup di dasar Sungai Madeira, di negara bagian Rondonia, Brasil.
Sebenarnya, ular tersebut ditemukan pada November tahun lalu saat sebagai hamparan sungai sedang dikeringkan, namun baru diumumkan hari ini setelah jenis ular itu akhirnya dikonfirmasi.

Julian Tupan, ahli biologi untuk perusahaan Energi Santo Antonio yang membangun bendungan, mengatakan kepada laman Estadao, bahawa hampir tidak ada yang mereka ketahui tentang hewan amfibia tanpa paru-paru dan kaki ini.
“Dari enam yang kami kumpulkan, satu meninggal, tiga dilepaskan kembali ke alam liar dan dua lainnya disimpan untuk studi.” tuturnya.

“Meskipun tampak seperti ular, hewan ini bukanlah reptilia dan lebih erat terkait dengan salamander dan katak. Kami berfikir bahwa hewan ini bernafas melalui kulitnya, dan mungkin memnagsa ikan kecil dan cacing, namun sampai saat ini kami masih belum bisa membuktikannya.” tambah Tupan.
Diketahui, wilayah Amazon adalah sebuah tempat penuh dengan kejutan ketika datang ke reptil dan amfibi. Masih banyak spesies lain yang belum ditemukan.
manado today